SELAMAT DATANG

Tuesday, April 13, 2010

ASMAUL HUSNA

Pengertian Dan Fadilat Asma uL Husna.

Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi.

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam
mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai dayapenarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kitaakan terjaga dari semua penyakit hati sepertisombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x,Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar darisegala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat& sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x,InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk &patuh dengan izin Allah.

Monday, April 12, 2010

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU LIHANA


NOR LIHANA BINTI HANI
JANUARI 2005-APRIL 2010
SEKOLAH AGAMA PENGERANG


Selamat tinggal sahabatku
Semoga ALLAH berkati-MU
Kenangan indah bersamamu
tak akan ku biar ia berlalu

Hati ini sayu mengenangkan
susah senang suka duka kita bersama
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua..
Mudah-mudahan Allah jua yang membalas segala jasa baik &
perhatian dari semua warga pendidik & murid-murid.






9 APRIL 2010 (JUMAAT)
DEWAN SEKOLAH AGAMA PENGERANG