Tuesday, April 13, 2010
ASMAUL HUSNA
Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi.
1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam
mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai dayapenarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kitaakan terjaga dari semua penyakit hati sepertisombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x,Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar darisegala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat& sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x,InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk &patuh dengan izin Allah.
Monday, April 12, 2010
MAJLIS PERPISAHAN CIKGU LIHANA
Semoga ALLAH berkati-MU
Kenangan indah bersamamu
tak akan ku biar ia berlalu
Hati ini sayu mengenangkan
susah senang suka duka kita bersama
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua..
Mudah-mudahan Allah jua yang membalas segala jasa baik &
perhatian dari semua warga pendidik & murid-murid.
DEWAN SEKOLAH AGAMA PENGERANG
Tuesday, March 30, 2010
MAULIDUR RASUL
Monday, March 29, 2010
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
VISI DAN MOTTO
VISI
Melahirkan pelajar cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Memupuk minat murid ke arah memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan Negara.
MOTTO
BERILMU
BERIMAN
BERAMAL
MISI
Misi ini boleh dicapai dengan mewujudkan iltizam dan kerjasama yang erat antara semua pihak di samping mengamalkan cara hidup sihat, permuafakatan dan budaya kerja cemerlang.
SEJARAH SEKOLAH
DATARAN KEJAT
SEKOLAH AGAMA PENGERANG
1997-2007
Sekolah Agama Pengerang telah ditubuhkan sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1949. Pada permulaan penubuhannya, sekolah ini beroperasi dengan menumpang di bangunan sekolah kebangsaan yang terletak lebih kurang 1 km dari Pekan Pengerang. Ketika itu hanya seorang guru yang bertugas sebagai guru menunggal iaitu Ustaz Jaafar Bin Abd. Rashid. Ketika itu hanya terdapat 3 aliran darjah iaitu darjah satu hingga darjah 3.
Pada awal perjalanan sekolah ini, murid-murid belum mampu mengenakan pakaian seragam yang ditentukan. Mereka ke sekolah dengan pakaian biasa.