SELAMAT DATANG

Tuesday, April 13, 2010

ASMAUL HUSNA

Pengertian Dan Fadilat Asma uL Husna.

Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi.

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam
mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai dayapenarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kitaakan terjaga dari semua penyakit hati sepertisombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x,Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar darisegala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat& sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x,InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk &patuh dengan izin Allah.

Monday, April 12, 2010

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU LIHANA


NOR LIHANA BINTI HANI
JANUARI 2005-APRIL 2010
SEKOLAH AGAMA PENGERANG


Selamat tinggal sahabatku
Semoga ALLAH berkati-MU
Kenangan indah bersamamu
tak akan ku biar ia berlalu

Hati ini sayu mengenangkan
susah senang suka duka kita bersama
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua..
Mudah-mudahan Allah jua yang membalas segala jasa baik &
perhatian dari semua warga pendidik & murid-murid.






9 APRIL 2010 (JUMAAT)
DEWAN SEKOLAH AGAMA PENGERANG










Tuesday, March 30, 2010

MAULIDUR RASUL

مجليس سمبوتن مولد الرسول

سكوله اضام فغرغ

2010/ 1431

تاريخ : 11 مرخ 2010

25 ربيع الأول 1431

ماس: 00 2 – 00 5 فتغ

ممنتف أخوة

ممفركاس اومة

تمفت: ديوان الساكينة

سكوله اضام فغرغ








KO-KURIKULUM







Monday, March 29, 2010

GALERI GAMBAR










SEMANIS RINDU KENANGAN BERSAMA

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM















PENDIDIKAN ISLAM ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU , KEMAHIRAN DAN PENGHAYATAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH BAGI MEMBENTUK SIKAP , KEMAHIRAN , KEPERIBADIAN DAN PANDANGAN HIDUP SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANGUN DIRI , MASYARAKAT , ALAM SEKITAR DAN NEGARA KEARAH MENCAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KESEJAHTERAAN ABADI DI AKHIRAT


VISI DAN MOTTO

VISI


Melahirkan pelajar cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Memupuk minat murid ke arah memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan Negara.


MOTTO

BERILMU

BERIMAN

BERAMAL